salam semua ..harap-harap semua sihat sejahtera semua..pasal entry pasal sekolah ku hari itu ekin ada menerima teguran dari seseorang berkenaan dengan tulisan yang ekin taip dalam blog ini..ekin minta maaf banyak andai ada yang tidak faham pa yang ekin post kan ...i'm sorry ..eh eh dah macam amir plak ....tidak ye sama sekali taw..berbeda..ekin faham yang baca semua golongan bukan setakat remaja sahaja..atuk,nenek . abah . mak ,adik , kakak,abang ataupun baby yang baru lahir kan tapi rasanya mak baby kot..
okay la berdirinya ekin nie sini sebab nak famous ..haha just joke..ekin nak cerita kenapa ekin suka menonton wayang di panggung wayang Big Cinema Kulim ..kadangkala ada juga ura-ura selalu membuat tanggapan negatif di panggung wayang ..memang ekin tidak nafikan ada juga keburukan tapi cubalah hindarkan segala keburukan dan tingkatkan kebaikan . kadangkala bila ekin kata nak pergi tengok wayang , mesti adalah yang akan kata pergi dengan teman lelaki le tu..NO NO NO tolong la buang la kenyataan yang tiada faedah seperti itu . tidak semesti nya pergi tengok wayang dengan teman lelaki . syarat wajib ka nak masuk dalam panggung .. tidak sama sekali kan!!! ekin selalu pergi dengan kawan-kawan perempuan ekin dan adik-adik ekin yang baru mengenali erti dewasa..
kenapa ekin suka tengok cerita di panggung
1- bila tengok cerita lampu tertutup sebab gambar nampak jelas sekali
2- tidak akan diganggu orang lain contoh yea kita tengah tengok televisyen
dekat rumah mesti adik-adik ekin nak tukar siaran tengok kartun la
3- sebab tiada iklan ketika tayangan ..bayangkan bila tengok gambar yang
mendebarkan mesti akan ada ayat ini KEMBALI SEBENTAR LAGI ..tengah
fell tiba-tiba spoil la
4- emak tidak akan suruh ekin pergi ke kedai ka ,hantar adik mengaji ka, suruh
ambik ini itu ..haha kan syok tengok senyap2 jew..alang-alang bawa la mak sekali.
.
5-tidak bising dengan anasir luar yang menggangu seperti orang merempit ka
bunyi hujan ka , adik-adik tengah bergaduh ka..dan macam lagi
6- ekin nak bagi orang yang buat filem ini untung juga , takkan la nak tunggu
youtube ja ataupun beli cetak rompak , kesian mereka yang menghasilkan filem
berjuta lepas itu untung seciput ..jangan la seperti itu..mereka telah bersusah
payah menempuhi dugaan ..lepas itu kita buat endah tidak endah saja . cuba
kalau kita buat filem..mesti akan rasa juga
7- sound wayang best sebab bila part sedih kan dengan iringan lagu yang sayu ..
tunngu lagi airmata ekin nie akan mencurah suam di pipi ...part gembira ..wah
gelak tak terkata..aksi pulak dengan bunyi tembak -tembak , race moto memang
macam real seperti kita yang ada dalam situasi ini ..bile berdebar -debar punya
part jantung kita pun akan rasa debarannya dan yang ekin akan fikir 10 kali
nak masuk adalah cerita seram..ekin tidak takut gelap asalkan ekin tidak bayang
wajah hantu..
berakhir la cerita kenapa ekin suka menonton cerita di panggung wayang yea..harap yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan tauladan





















0 comments:
Catat Ulasan